Tuesday, April 15, 2008

Adab melintas jalan


Lukisan ini saya lukis guna MsWORD. Saya lukis sebelum pilihanraya.

Ketika melintas jalan, kita mesti berhati-hati. Kita mesti pandang kiri, kanan dan kiri sekali lagi sebelum melintas supaya tidak dilanggar kenderaan. Bila melintas, elok gunakan zebra crossing. Jangan melintas tidak tentu hala kerana sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Kenderaan yang lalu pun mesti berhati-hati dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan. Mesti beri laluan kepada mereka. Kita jangan melintas sesuka hati. Gunakan jejantas atau zebra crossing.