Dekat sekolah aku ada banyak kawan.Tapi kadang2 adalah gaduh.Aku akan ceritakan serba sedikit nama kawan aku dan tentang diri dia orang.Antaranya Umar, Ammar, Idzham, Ikmal, Yusuf & Luqman.Ammar ni pandai bola sepak.Power beb.Sepakan lencong.Tapi belajar tak pandai (macam aku).Umar pulak handsome dan kulitnya putih.Dia macam Ammar pandai bola tapi dia ni alim.Nak tahu periksa nombor berapa.Nombor satu.Hebatkan.Aku teringin nak jadi macam dia tapi masalahnya aku malas belajar.Idzham pulak diberi gelaran THE GIANT.Kerana kegemukan dan kegempalannya(bukan nak ejek).Dia kaya.Tinggal kat rumah semi-d.Besar!!!!!.Sekarang Ikmal @ pun dikenali sebagai THE BLACK.Dia ni istimewa.Nak tahu kenapa sebab dia ni cucu Sasterawan Negara(A.Samad Said).Orang selalu ejek dia.Ini salah satu ejekan.
Bunga datang dari benih,
Benih digunakan untuk tanam,
Atuknya kulit putih,
Cucunya pula kulit hitam.
Dah la tak baik ngumpat. Sekarang giliran Taiyoob (Yusuf). Dia ni bukan lagi anak CEO. Periksa dari nombor 4 turun kepada nombor 13. Nak tahu kenapa sebab ada x-box. Memang teruk. Ya Allah! Akhir sekali, Luqman ataupun dipanggil "The Richest Boy". Nak tau kenapa tak? Sebab gigi dia kuning macam emas. Dia kata dia tak pernah gosok gigi. hahahahaha
Friday, November 13, 2009
Friday, January 30, 2009
Gerhana Matahari
Hari Isnin baru-baru ini, ada gerhana matahari.
Pada pukul 4 petang, saya ayah dan Syabil pergi ke surau untuk solat sunat gerhana matahari. Solatnya lama betul. Dah nak dekat satu jam lebih, termasuk solat Asar. Ayah kata tengok gerhana matahari dekat surau, tapi hujan. Malang betul.
Saya dekat surau tu termenung je lah. Lepas tu, ada makan cakoi. Slllrrrppppppp ... sedapnya cicah dengan kaya hijau pulak tu.
Ada jugak kuih dalamnya kacang. Kuih apa tah tapi sedap. Itulah upahnya. Tak dapat tengok gerhana matahari, dapat makan ... hehehe.
Tapi dapat jugak tengok gerhana. Nak tau kata mana? Kat komputer la ... :(

Monday, December 8, 2008
TENGOK SEMBELIH LEMBU
Hari ni hari raya qorban.
Saya kena bangun awal sebab nak solat raya (qorban). Sarapan ibu masak kegemaran saya dan adik-adik. Nasi impit, kuah kacang daging, serunding, kuah lontong dan rendang daging. Bab masak ni, ibu saya memang macho beb. Kalau nak order apa2 order kat ibu saya.
Kat mana tadi? ... Oh ya lepas tu saya pergi surau al muttaqun. Lepas habis solat, ayah ajak balik tukar baju. Lepas tu saya, adik saya Syabil dan ayah pergi ke surau balik. Saya tengok orang sembelih lembu. Ada 4 ekor lembu yang besar-besar. Hari hujan, habis saya basah lenjun. Seronok dapat main hujan dan tengok orang sembelih lembu. Best gila beb.
Lepas tu ayah tolong Pak Lah masak dekat surau. Pandai pulak ayah masak. Ramai orang yang datang surau nak makan daging qorban. Ayah pun dapat daging qorban yang belum masak untuk ibu. Bila balik, ibu buat sup. Daging qorban best giler. Sedap beb.
Wednesday, August 20, 2008
Palestin
Saya mula tahu tentang Palestin sejak umur saya 7 tahun. Saya tahu Palestin dijajah Yahudi. Saya tahu di Palestin ada Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Saya tahu yang Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w Isra' dan Mikraj dari Palestin jugak.
Saya tahu pasal Palestin dari ayah dan televisyen. Orang Palestin kena seksa oleh Yahudi. Banyak masalah yang menimpa orang-orang Palestin. Mereka tidak cukup makan. Kanak-kanak macam saya tak dapat pergi sekolah. Hari-hari kena serang Yahudi yang jahat. Ramai kanak-kanak dan orang perempuan yang ditembak dan dibunuh orang Yahudi. Apa salah mereka? Sebab orang Palestin orang Islam, orang Yahudi nak bunuh sebab orang Yahudi dari dulu lagi memang tak suka dengan orang Islam.
Orang Yahudi buat macam tu sebab mereka nak bumi Palestin. Yahudi mahu halau orang Islam di Palestin. Masjid Al-Aqsa pun jadi mangsa. Ayah cerita pernah tentera Yahudi serang dan tembak jemaah yang sedang solat di Masjid Al-Aqsa. Ramai yang mati syahid.
Cikgu saya beritahu Yahudi korek lubang untuk buat terowong besar bawah Masjid Al-Aqsa sebab nak runtuhkan Masjid. Ibu cakap orang Yahudi nak runtuhkan Masjid Al-Aqsa sebab nak bina kuil mereka di tapak Al-Aqsa.
Saya pelik kenapa orang Islam kat dunia ni tidak tolong dan selamatkan Palestin dan umat Islam di situ. Saya marah sebab saudara seIslam saya tidak peduli pasal Palestin. Saya marah sebab orang Islam kat Malaysia pun buat macam tak tahu sahaja pasal semua yang jadi kat sana.
Saya berazam ingin bantu umat Islam Palestin. Saya nak berjihad demi agama Islam. Saya mahu syahid di jalan Allah. Itu cita-cita tertinggi saya.
Tiap kali solat saya akan berdoa pada Allah untuk lindungi dan selamatkan saudara saya yang diseksa di Palestin. Umat Islam mesti selamatkan Palestin sebab Rasulullah s.a.w Isra' ke langit dari situ. Kiblat pertama umat Islam pun di Palestin.
Tak kan lah nak biar orang Yahudi bunuh orang Islam. Orang Islam tak ada pun yang bunuh orang Yahudi macam tu.

Thursday, May 29, 2008
Adik baru - Ali Qa'id
6 hari bulan 6 nanti, genap 4 bulan saya ada adik baru. Ali Qa'id lahir pada 6/2/2008, waktu pagi. Ali nama yang ayah saya pilih. Qa'id pula ibu yang beri. Ali, sahabat dan sepupu dan menantu Rasulullah s.a.w. Dia seorang kanak-kanak yang berani. Dia mula-mula masuk Islam.
Qa'id pula ibu kata maknanya pemimpin. Ibu nak Ali jadi seorang pemimpin Islam yang berani dan jujur macam Saidina Ali r.a.
Saya sangat gembira kerana dapat seorang adik lelaki yang sangat comel. Sekarang saya ada 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Sekarang Ali sudah pandai bersembang, senyum, ketawa dan mengiring. Dia juga suka hisap ibu jari. Orang kata muka Ali macam muka Syabil, adik lelaki saya yang berumur 6 tahun. Tapi ibu kata Ali macam muka saya masa kecil.
Saya harap Ali akan jadi anak yang soleh. Saya pun berazam untuk menjadi anak yang soleh juga. Kadang-kadang saya bantu ibu jaga Ali. Ali suka bila didukung dan dilayan sembang. Saya sahaja yang boleh dukung Ali lama-lama sebab Ali sudah semangat. Zinnirah kata dia tak larat dukung Ali lama-lama. Bila diagah, Ali akan ketawa.
Ali baru sahaja sihat dari demam. Ali demam sebab kena suntik di klinik. Ibu kata bayi macam Ali mesti disuntik tiap-tiap bulan supaya dia tidak sakit teruk.
Saya sayang sangat pada Ali. Saya pun sayang sangat adik-adik saya yang lain walaupun mereka kadang-kadang nakal dan suka buat saya marah dan suka kacau saya buat kerja sekolah. Saya gembira menjadi abang sulung kepada 4 orang adik.

Tuesday, April 15, 2008
Adab melintas jalan
Lukisan ini saya lukis guna MsWORD. Saya lukis sebelum pilihanraya.
Ketika melintas jalan, kita mesti berhati-hati. Kita mesti pandang kiri, kanan dan kiri sekali lagi sebelum melintas supaya tidak dilanggar kenderaan. Bila melintas, elok gunakan zebra crossing. Jangan melintas tidak tentu hala kerana sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Kenderaan yang lalu pun mesti berhati-hati dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan. Mesti beri laluan kepada mereka. Kita jangan melintas sesuka hati. Gunakan jejantas atau zebra crossing.
Sunday, May 20, 2007
Solar system
I like science. Science is my favourite subject in school. Last week I learn new thing from teacher. She teach us about our solar system. Teacher said Allah create solar system. Allah is Great for being very-very clever to make very beautiful planets. I find it very menarik. I don't know what menarik in English. I will ask ibu.
Teacher said there are 9 planets in our solar system. Sun is also in our solar system. I want to tell about the planets. I start with the far planet.This is PLUTO. It is so distant that sunlight takes more than five hours to reach the planet. Period of revolution is 247.69 earth year. Ibu said Pluto is no longer one of the planets in the solar system. I will ask teacher to explain.
This is NEPTUNE, the eight planet. It has the fastest winds seen on any planet in the solar system. Period of revolution is 164.8 earth year. I think Neptune is a beautiful planet.
Uranus is the seventh planet in our solar system. Absorption of red light gives the planet a blue green colour. Period of revolution is 84.01 earth year.
The planet on the right is Saturn. It is the sixth planet and the second largest of all planets. Its equatorial diameter is 119,300 km. Period of revolution is 29.5 earth year.
The next planet is Jupiter, which is the fifth planet. It looks like marble. This planet is the largest of all. If Jupiter were hollow more than one thousand earth could fit into it. I wonder how many football fields it could fit into? Period of revolution is 11.86 earth years.
This red planet is called Mars. It is the fourth planet in the solar system. When I watched tv, people said aliens came from this planet. Mars is less than 56million km from the Earth, the planet I live in. Period pf revolution is 687 earth years.
This planet I like. I like this planet because I live in it. It is called EARTH. It is a very beautiful planet. It is the third planet. Teacher said it is the only planet in the solar system that has conditions suitable for life. That's why people, animals and trees lives here. Period of revolution is 365 days.
VENUS is planet number two. It is the brightest planet in the sky. Teacher said sometimes we can see planet Venus when the sky is very clear at night. Period of revolution is 225 earth years.
The number one planet is MERCURY. It is near the sun. It is the second smallest in the solar system. It is 40% smaller than Earth. Period of revolution is 87.96 earth days.
That's all about our solar system.
Saturday, May 12, 2007
Diri saya
Assalamualaikum,
Ini blog saya.
Nama saya MUHAMMAD IRFAN BIN KHAIROL BASRI. Umur saya 9 tahun. Saya bercita-cita menjadi ustaz. Saya suka makan kepak ayam. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Saya kelas 3A. Saya ada seorang adik di sekolah yang sama. Namanya Zinnirah. Umur dia 7 tahun. Dia tahun 1. Saya ada adik bernama Syabil Iman. Dia bersekolah di PASTI Al-Iqbal 2. Umur dia 5 tahun. Saya ada seorang adik bayi. Namanya Nisaa' Az-Zahraa. Dia sungguh comel. Saya suka sukan bolasepak. Saya berminat menjadi penjaga gol. Saya minat pasukan Real Madrid dan Manchester United. Kedua-dua pasukan ini sungguh hebat. Hobi saya pun bermain bolasepak. Saya ada kawan. Kawan baik saya ialah Amar, Qiyyam, Ikmal dan Akmal. Rumah sukan saya ialah rumah Hijau.

Subscribe to:
Posts (Atom)