Friday, January 30, 2009

Gerhana Matahari

Hari Isnin baru-baru ini, ada gerhana matahari.


Pada pukul 4 petang, saya ayah dan Syabil pergi ke surau untuk solat sunat gerhana matahari. Solatnya lama betul. Dah nak dekat satu jam lebih, termasuk solat Asar. Ayah kata tengok gerhana matahari dekat surau, tapi hujan. Malang betul.

Saya dekat surau tu termenung je lah. Lepas tu, ada makan cakoi. Slllrrrppppppp ... sedapnya cicah dengan kaya hijau pulak tu.
Ada jugak kuih dalamnya kacang. Kuih apa tah tapi sedap. Itulah upahnya. Tak dapat tengok gerhana matahari, dapat makan ... hehehe.


Tapi dapat jugak tengok gerhana. Nak tau kata mana? Kat komputer la ... :(