Saturday, May 12, 2007

Diri saya

Assalamualaikum,

Ini blog saya.
Nama saya MUHAMMAD IRFAN BIN KHAIROL BASRI. Umur saya 9 tahun. Saya bercita-cita menjadi ustaz. Saya suka makan kepak ayam. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Saya kelas 3A. Saya ada seorang adik di sekolah yang sama. Namanya Zinnirah. Umur dia 7 tahun. Dia tahun 1. Saya ada adik bernama Syabil Iman. Dia bersekolah di PASTI Al-Iqbal 2. Umur dia 5 tahun. Saya ada seorang adik bayi. Namanya Nisaa' Az-Zahraa. Dia sungguh comel. Saya suka sukan bolasepak. Saya berminat menjadi penjaga gol. Saya minat pasukan Real Madrid dan Manchester United. Kedua-dua pasukan ini sungguh hebat. Hobi saya pun bermain bolasepak. Saya ada kawan. Kawan baik saya ialah Amar, Qiyyam, Ikmal dan Akmal. Rumah sukan saya ialah rumah Hijau.

8 comments:

Si B*ntang said...

waalaikumussalam.<--jawab salam pade entry.

assalamualaikum,irfan.

selamat datang ke dunia blog ni.:)

Semoge Akan ade lagi entry akan datang.:)

Iman Mawaddah said...

Assalamualaikum Irfan,

Ibu masak apa hari ini? Nanti kalau ibu masak sedap-sedap suruh ibu kirim dekat akak sikit ya hehe

Najmuddin said...

Assalamualaikum Irfan,

Selamat menulis blog, kamu bertuah, umur 9 tahun sudah mengenal blog.

Pakcik (abang lebih sesuai kot?) Mudin tunggu entri akan datang.

Erm...kamu bertuah juga, ibu kamu pandai masak!

akirasuri said...

ehem!

Salam Irfan..
jaga ibu baek-baek ek.
jangan nakal-nakal :)

-cik ati-

Pa'chik said...

Assalamualaikum Irfan,
men yu, tak besh la irfan... haha...

err... irfan, dengar cerita kena tangkap khalwat ngan tina, betul ke? jadi ke kawen ngan natasha.. hahah...

din... jange koya mudo deh.. hehe...

Pa'chik said...

selamat hari lahir ye irfan.

nak hadiah, mintak ngan najmudin tu, panggil abg din, jangan panggel pakcik mudin ye...

Iman Mawaddah said...

Pa'chik..hang jangan merosakkan fikiran budak2 kecik. Jenuh dia memikir tina yang mana satu kang.

Irfan,
Pakcik pa'chik ni memang pening sikit..so hati2 hehe

irfankb said...

waalaikumsalam kakak si B*ntang,
jawab salam pada entry tu apa?
terima kasih.

waalaikumsalam kakak Iman Mawaddah,
ibu masak kuah masak lemak. kalau nak hantar, dekat mana?

waalaikumsalam abang Najmuddin atau Pakcik Najmuddin,
irfan kenal blog sebab ibu yang beritahu irfan.
ibu memang pandai masak.

waalaikumsalam kakak akirasuri,
ok. ok.

waalaikumsalam Pa'chik tak ada nama,
best apa ....
tak yah lah cakap irfan kahwin dengan Natasha. koya & mudo tu apa?
ok. terima kasih sebab ucap selamat hari jadi.
abang din lah, tak sesuai panggil pakcik mudin hehehehe ...

kakak Iman Mawaddah,
tina yang natasha tu. ok. irfan hati-hati. irfan yang dalam cerita tu bukan MUHAMMAD IRFAN BIN KHAIROL BASRI.

Yang Benar:
Irfan yang macho