Monday, December 8, 2008

TENGOK SEMBELIH LEMBU

Hari ni hari raya qorban.

Saya kena bangun awal sebab nak solat raya (qorban). Sarapan ibu masak kegemaran saya dan adik-adik. Nasi impit, kuah kacang daging, serunding, kuah lontong dan rendang daging. Bab masak ni, ibu saya memang macho beb. Kalau nak order apa2 order kat ibu saya.

Kat mana tadi? ... Oh ya lepas tu saya pergi surau al muttaqun. Lepas habis solat, ayah ajak balik tukar baju. Lepas tu saya, adik saya Syabil dan ayah pergi ke surau balik. Saya tengok orang sembelih lembu. Ada 4 ekor lembu yang besar-besar. Hari hujan, habis saya basah lenjun. Seronok dapat main hujan dan tengok orang sembelih lembu. Best gila beb.


Lepas tu ayah tolong Pak Lah masak dekat surau. Pandai pulak ayah masak. Ramai orang yang datang surau nak makan daging qorban. Ayah pun dapat daging qorban yang belum masak untuk ibu. Bila balik, ibu buat sup. Daging qorban best giler. Sedap beb.

Wednesday, August 20, 2008

Palestin

Saya mula tahu tentang Palestin sejak umur saya 7 tahun. Saya tahu Palestin dijajah Yahudi. Saya tahu di Palestin ada Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Saya tahu yang Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w Isra' dan Mikraj dari Palestin jugak.

Saya tahu pasal Palestin dari ayah dan televisyen. Orang Palestin kena seksa oleh Yahudi. Banyak masalah yang menimpa orang-orang Palestin. Mereka tidak cukup makan. Kanak-kanak macam saya tak dapat pergi sekolah. Hari-hari kena serang Yahudi yang jahat. Ramai kanak-kanak dan orang perempuan yang ditembak dan dibunuh orang Yahudi. Apa salah mereka? Sebab orang Palestin orang Islam, orang Yahudi nak bunuh sebab orang Yahudi dari dulu lagi memang tak suka dengan orang Islam.

Orang Yahudi buat macam tu sebab mereka nak bumi Palestin. Yahudi mahu halau orang Islam di Palestin. Masjid Al-Aqsa pun jadi mangsa. Ayah cerita pernah tentera Yahudi serang dan tembak jemaah yang sedang solat di Masjid Al-Aqsa. Ramai yang mati syahid.

Cikgu saya beritahu Yahudi korek lubang untuk buat terowong besar bawah Masjid Al-Aqsa sebab nak runtuhkan Masjid. Ibu cakap orang Yahudi nak runtuhkan Masjid Al-Aqsa sebab nak bina kuil mereka di tapak Al-Aqsa.

Saya pelik kenapa orang Islam kat dunia ni tidak tolong dan selamatkan Palestin dan umat Islam di situ. Saya marah sebab saudara seIslam saya tidak peduli pasal Palestin. Saya marah sebab orang Islam kat Malaysia pun buat macam tak tahu sahaja pasal semua yang jadi kat sana.

Saya berazam ingin bantu umat Islam Palestin. Saya nak berjihad demi agama Islam. Saya mahu syahid di jalan Allah. Itu cita-cita tertinggi saya.

Tiap kali solat saya akan berdoa pada Allah untuk lindungi dan selamatkan saudara saya yang diseksa di Palestin. Umat Islam mesti selamatkan Palestin sebab Rasulullah s.a.w Isra' ke langit dari situ. Kiblat pertama umat Islam pun di Palestin.

Tak kan lah nak biar orang Yahudi bunuh orang Islam. Orang Islam tak ada pun yang bunuh orang Yahudi macam tu.

Thursday, May 29, 2008

Adik baru - Ali Qa'id

6 hari bulan 6 nanti, genap 4 bulan saya ada adik baru. Ali Qa'id lahir pada 6/2/2008, waktu pagi. Ali nama yang ayah saya pilih. Qa'id pula ibu yang beri. Ali, sahabat dan sepupu dan menantu Rasulullah s.a.w. Dia seorang kanak-kanak yang berani. Dia mula-mula masuk Islam.
Qa'id pula ibu kata maknanya pemimpin. Ibu nak Ali jadi seorang pemimpin Islam yang berani dan jujur macam Saidina Ali r.a.

Saya sangat gembira kerana dapat seorang adik lelaki yang sangat comel. Sekarang saya ada 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Sekarang Ali sudah pandai bersembang, senyum, ketawa dan mengiring. Dia juga suka hisap ibu jari. Orang kata muka Ali macam muka Syabil, adik lelaki saya yang berumur 6 tahun. Tapi ibu kata Ali macam muka saya masa kecil.

Saya harap Ali akan jadi anak yang soleh. Saya pun berazam untuk menjadi anak yang soleh juga. Kadang-kadang saya bantu ibu jaga Ali. Ali suka bila didukung dan dilayan sembang. Saya sahaja yang boleh dukung Ali lama-lama sebab Ali sudah semangat. Zinnirah kata dia tak larat dukung Ali lama-lama. Bila diagah, Ali akan ketawa.

Ali baru sahaja sihat dari demam. Ali demam sebab kena suntik di klinik. Ibu kata bayi macam Ali mesti disuntik tiap-tiap bulan supaya dia tidak sakit teruk.

Saya sayang sangat pada Ali. Saya pun sayang sangat adik-adik saya yang lain walaupun mereka kadang-kadang nakal dan suka buat saya marah dan suka kacau saya buat kerja sekolah. Saya gembira menjadi abang sulung kepada 4 orang adik.

Tuesday, April 15, 2008

Adab melintas jalan


Lukisan ini saya lukis guna MsWORD. Saya lukis sebelum pilihanraya.

Ketika melintas jalan, kita mesti berhati-hati. Kita mesti pandang kiri, kanan dan kiri sekali lagi sebelum melintas supaya tidak dilanggar kenderaan. Bila melintas, elok gunakan zebra crossing. Jangan melintas tidak tentu hala kerana sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Kenderaan yang lalu pun mesti berhati-hati dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan. Mesti beri laluan kepada mereka. Kita jangan melintas sesuka hati. Gunakan jejantas atau zebra crossing.