Thursday, May 29, 2008

Adik baru - Ali Qa'id

6 hari bulan 6 nanti, genap 4 bulan saya ada adik baru. Ali Qa'id lahir pada 6/2/2008, waktu pagi. Ali nama yang ayah saya pilih. Qa'id pula ibu yang beri. Ali, sahabat dan sepupu dan menantu Rasulullah s.a.w. Dia seorang kanak-kanak yang berani. Dia mula-mula masuk Islam.
Qa'id pula ibu kata maknanya pemimpin. Ibu nak Ali jadi seorang pemimpin Islam yang berani dan jujur macam Saidina Ali r.a.

Saya sangat gembira kerana dapat seorang adik lelaki yang sangat comel. Sekarang saya ada 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Sekarang Ali sudah pandai bersembang, senyum, ketawa dan mengiring. Dia juga suka hisap ibu jari. Orang kata muka Ali macam muka Syabil, adik lelaki saya yang berumur 6 tahun. Tapi ibu kata Ali macam muka saya masa kecil.

Saya harap Ali akan jadi anak yang soleh. Saya pun berazam untuk menjadi anak yang soleh juga. Kadang-kadang saya bantu ibu jaga Ali. Ali suka bila didukung dan dilayan sembang. Saya sahaja yang boleh dukung Ali lama-lama sebab Ali sudah semangat. Zinnirah kata dia tak larat dukung Ali lama-lama. Bila diagah, Ali akan ketawa.

Ali baru sahaja sihat dari demam. Ali demam sebab kena suntik di klinik. Ibu kata bayi macam Ali mesti disuntik tiap-tiap bulan supaya dia tidak sakit teruk.

Saya sayang sangat pada Ali. Saya pun sayang sangat adik-adik saya yang lain walaupun mereka kadang-kadang nakal dan suka buat saya marah dan suka kacau saya buat kerja sekolah. Saya gembira menjadi abang sulung kepada 4 orang adik.

4 comments:

Rynn Cowbra said...

assalamualaikum,irfan.

mesti seronok dapat adik baru.
adik kak rynn da besar da pun.

xboleh nak diagah2 lagi. hehe.

jage adik baik2 ye,irfan.
anak yg sulung kene banyak tolak ansur dengan adik2.

kingbinjai said...

ingat! mesti dapat nombor satu!

nUr@dDeEn said...

Irfan mesti jadi anak dan abang yang baik..!
Moga terus berjaya!

- Kak DeeN -

akirasuri said...

Hai Irfan..

Bila nak update lagi ni.. :)

Tolong kiss pipi Ali untuk Cik Ati ek.. :D